suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adu Jika Anggota Polis Enggan Terima Laporan: Ismail Omar

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta supaya mengadu kepada Ketua Polis Daerah atau mana-mana pegawai polis sekiranya terdapat anggota polis yang enggan menerima laporan yang mahu dibuat, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Aduan juga katanya, boleh dibuat terus kepada Urus Setia Ketua Polis Negara Bahagian Tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi talian 03-22626150 atau 03-22626151.

Beliau berkata, butiran seperti nama anggota yang terbabit, tarikh, masa dan balai polis berkenaan harus disertakan semasa membuat aduan.

"Masih terdapat rungutan daripada orang ramai yang mendakwa terdapat balai-balai polis yang masih enggan menerima pengaduan daripada masyarakat," Ismail berkata dalam satu kenyataan hari ini.

"Justeru jika berlaku keadaan ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengadu kepada Ketua Polis Daerah atau mana-mana pegawai polis sekiranya terdapat anggota polis yang enggan menerima laporan," tambah beliau.

Ismail menegaskan tidak ada balai polis yang dikecualikan dari menerima aduan orang ramai, terutama sekali yang melibatkan kes jenayah, kemalangan jalan raya atau sebarang musibah. - BERNAMA

Artikel Lain