Anak Lelaki Raja Petra Dimasukkan Ke Hospital Setelah Menelan Pisau Cukur

KUALA LUMPUR: Raja Azman Raja Petra, anak lelaki kepada Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang baru-baru ini dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, Raja Azman, 34, dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya oleh petugas Penjara Sungai Buloh semasa melakukan rondaan pada petang Selasa.

Beliau berkata, Raja Azman yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today mendakwa, Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak dapat manahan seksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.

Rahim bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Raja Petra itu.

"Siasatan masih di peringkat awal. Berilah kami masa," katanya ketika dihubungi.

Raja Azman, anak kedua Raja Petra, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tahun lepas terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Dia dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko, dan sejambak kunci motosikal, kesemuanya bernilai kira-kira RM3,850, kepunyaan seorang pelajar, Saipul Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera, U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira pukul 10 pagi pada 24 April.

Dia juga dituduh mencuri sebuah motosikal Yamaha 135 LC bernilai kira-kira RM6,000 daripada seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaludin, 23, di tempat dan masa yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

13 Kematian Hari Ketiga Ops Sikap Ke-21

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain