suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AADK Dan Imigresen Tahan 19 Lelaki, Rampas Dadah

SEREMBAN: Tujuh belas lelaki rakyat asing dan dua lelaki tempatan ditahan dalam Ops Nilai bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Operasi enam jam mulai 12 tengah malam tadi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen negeri itu dijalankan di sekitar Mantin dan Nilai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Samad Ibrahim berkata lelaki rakyat asing itu terdiri daripada 14 rakyat Nigeria, dua Bangladesh dan seorang Indonesia.

"Kami turut merampas kira-kira 850 gram ganja termasuk dua ketul ganja mampat, 19 paket kecil plastik ganja dan sembilan tiub kecil syabu. Hasil ujian air kencing mendapati 16 daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiga lelaki Nigeria terbabit diserah kepada Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Seramai 25 orang diperiksa dalam operasi yang membabitkan 100 pegawai AADK dan 29 pegawai Jabatan Imigresen itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain