suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tinggi perintah kes saman Amy dibicarakan di Mahkamah Sesyen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kes saman cuai yang difailkan seorang kanak-kanak yang melecur terkena tom yam panas terhadap penyanyi Amy Search dihantar semula ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamarnya mengenepikan keputusan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Jan lepas yang membatalkan saman itu terhadap Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 3 tahun, memberita pemberita, pihaknya berhujah bahawa Amy layak disaman kerana dia merupakan pemilik sebenar restoran Cheng Ho di mana kejadian itu berlaku, berdasarkan laporan-laporan akhbar yang disiarkan sebelum ini.

Pada 24 Sept tahun lepas, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya di Mahkamah Sesyen Sivil mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju, cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.

Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Amy berhujah bahawa Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu kerana pemilik sebenar restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd dan Amy hanyalah seorang pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain