suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas dipenjara sebulan cuba lacur wanita warga China

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 59 tahun dihukum penjara sebulan hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini kerana cuba melacurkan seorang wanita warga China kepada seorang anggota polis.

Lee Choo Chye, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, diperintah menjalani hukuman mulai 18 Sept, tarikh dia ditangkap.

Lee didakwa menawarkan wanita itu Kpl V. Jagavnathan untuk RM200 sejam di depan Hotel Federal di Jalan Bukit Bintang di sini pukul 11.30 malam pada 18 September.

Dalam perkembangan lain di mahkamah yang sama, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman dua bulan penjara setelah mengaku bersalah mencuri lima botol losyen bayi berharga RM54.50 di pasar raya Mydin di Jalan Silang pada 16 September.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memerintahkan Ruslan Zakaria, 40, menjalani hukuman itu dari 16 September. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain