suria

12 kematian pada hari kesembilan Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 156 kematian sejak Ops Sikap ke-20 bermula 13 Sept lalu.

Menurut kenyataan Bukit Aman hari ini, satu kematian adalah di lebuh raya, lima di jalan persekutuan, lima di jalan negeri, satu di jalan bandaran dan tiada kematian di lain-lain jalan.

Setakat semalam, iaitu hari kesembilan Ops Sikap, tiga kategori yang paling banyak mencatatkan kematian ialah pengguna motosikal dengan 82 kematian, diikuti pengguna motokar (57 kematian) dan pejalan kaki dengan sembilan kematian, katanya.

Jumlah kemalangan semalam adalah 985 kemalangan dan jumlah saman dikeluarkan ialah 7,078, katanya.

Jalan persekutuan mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 342 kes diikuti jalan bandaran (306 kes), jalan negeri (202 kes), lebuh raya (83 kes) dan lainlain jalan (52 kes).

Ops Sikap ke20 dijalankan sehingga 27 Sept yang bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain