suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 termasuk pelajar sekolah ditahan positif dadah

KUALA LUMPUR: Seramai 91 orang termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang bermula seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri sehingga kini di sekitar Ampang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata setakat hari ini, 16 dari mereka termasuk seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun disahkan positif dadah manakala seorang lelaki berusia 20an memiliki senjata tajam seperti pisau dan sabit.

Katanya, seorang lelaki berusia 28 tahun pula ditahan kerana memiliki empat buah telefon bimbit curi dan seorang lelaki berusia 40an dikehendaki polis atas kesalahan lampau dadah dan curi.

"Bagaimanapun 72 individu lain termasuk seorang pelajar perempuan dibebaskan atas jaminan polis setelah diambil keterangan. Kita sedang menyiasat sama ada mereka yang ditahan ini terlibat dengan sebarang jenayah.

"16 yang ditahan positif dadah jenis ganja dan syabu. Mereka mungkin akan disabitkan dengan kes dadah dan sebagainya...kita akan siasat terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata operasi bersepadu itu yang melibatkan jabatan narkotik, siasatan jenayah dan trafik akan berterusan sepanjang musim raya ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain