suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

24 kematian dicatatkan pada hari keenam Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Pengguna kereta menyumbang kepada peningkatan kes maut pada hari keenam Ops Sikap ke-20 yang mencatatkan 24 kematian semalam, menjadikan jumlahnya 93.

Daripada 1,688 kemalangan semalam, 16 kematian melibatkan pengguna kereta dan lapan pengguna motosikal, menurut penguasa perhubungan awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam kenyataan di sini hari ini.

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 666 kes diikuti jalan persekutuan (471 kes), lebuh raya (277 kes), jalan negeri (213 kes) dan jalan-jalan lain (61 kes).

Sebanyak 10,739 saman juga dikeluarkan semalam.

Ops Sikap ke-20 ini dijalankan sehingga 27 Sept ini yang bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain