suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Kerdau cedera dalam kemalangan

TEMERLOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 116.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat hentian rehat Lanchang, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 10.15 malam itu, Zaharuddin, 63, bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan melawat kawasan DUN Kerdau di Temerloh.

Setiba di lokasi kejadian, kenderan jenis Perdana V6 yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Zaharuddin yang dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh menerima lima jahitan di kepala selain turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan, manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad

Artikel Berikut

Artikel Lain