suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TIM: Polis dan SPRM perlu siasat secara menyeluruh surat misteri

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TIM) meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan segera berhubung surat misteri yang timbul semasa inkues mengenai kematian Teoh Beng Hock, Rabu lepas.

Setiausaha Agungnya Dr Loi Kheng Min berkata polis dan SPRM perlu mendedahkan kebenaran dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya menggunakan kekuatan politik bagi membanteras rasuah sebagai satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Ia merupakan permulaan yang baik bagi meletakkan SPRM di landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNCAC)," katanya. BERNAMA

Artikel Lain