suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPP patah cubaan seludup gula ke Thailand

PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mematahkan cubaan menyeludup gula bersubsidi ke Thailand apabila merampas 120 paket gula di kawasan perindustrian Padang Besar di sini hari ini.

Komander UPP Perlis DSP Zakaria Abdul Rahman berkata gula seberat 120 kilogram itu dirampas dalam pemeriksaan UPP terhadap dua kenderaan pikap dengan nombor pendaftaran Thailand pada pukul 12.30 tengah hari.

Empat rakyat Thailand termasuk dua wanita yang masing-masing berumur dalam lingkungan lima puluhan ditahan untuk siasatan, katanya.

Beliau berkata gula pasir itu ditemui disembunyikan di sebalik bungkusan tepung gandum dan minyak masak.

Selain gula, UPP turut merampas tepung gandum seberat 105 kilogram dan 145 kilogram minyak masak. BERNAMA

Artikel Lain