suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Galas jalani pembedahan barah usus di China

RANTAU PANJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus dijadual menjalani pembedahan hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

"PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kirakira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China. BERNAMA

Artikel Lain