suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas mati ditetak akibat pergaduhan kongsi gelap

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Jalan 1, Selayang Baru berdekatan pasar borong Selayang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kejadian berlaku semasa G.Rajendran, 50an, yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah kedai di kawasan itu dihampiri dua kereta pada kirakira pukul 10.30 malam.

Beliau berkata kereta pertama dari jenis proton Iswara dinaiki empat lelaki bertopeng manakala sebuah kereta lagi adalah proton Waja yang dinaiki lima lelaki tidak bertopeng.

Katanya kumpulan lelaki yang bertopeng itu kemudiannya terus menyerang dan menetak Rajendran dengan parang, mengakibatkan kepala warga emas itu pecah manakala tangan kiri hampir putus.

"Kumpulan yang satu lagi (tidak bertopeng) memerhatikan sahaja kejadian itu dari dalam kereta," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata Rajendran yang memiliki sebuah kedai serbaneka di pasar borong Selayang mati di tempat kejadian manakala dua rakannya yang sempat lari menyelamatkan diri hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya polis sedang berusaha keras menjejaki sembilan suspek yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu, dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu berpunca daripada pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap yang berdendam. BERNAMA

Artikel Lain