suria

270 warga asing ditahan dalam enam bulan pertama tahun ini

KUALA LUMPUR: Sejumlah 270 warga asing termasuk 39 wanita ditahan di negara ini kerana kesalahan membabitkan aktiviti pengedaran dadah sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata jumlah tangkapan itu meningkat kira-kira 21 peratus atau 57 orang bagi tempoh sama pada tahun lepas.

"Sepanjang tempoh itu bagi tahun ini, polis berjaya merampas dadah mengikut seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya iaitu heroin seberat 12.8kg, syabu (986 gram), ketamin (21.2kg) dan ecstacy sebanyak 260 biji," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini semalam.

Beliau berkata rampasan dadah bagi tahun lepas membabitkan 513.7 gram heroin, 7,250 biji eramin 5, 800 biji pil ecstacy, 3,859 gram kokain, 1,032 gram ketamine, 7,750 liter ubat batuk dan 1,035 gram syabu.

Muhammad Sabtu berkata kesemua yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 19 dan 40 tahun dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Taiwan, Nepal, Nigeria serta China. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain