suria

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke istiadat mengarak panji-panji

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Foto THE STAR Oleh: KEVIN TAN.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Foto THE STAR Oleh: KEVIN TAN.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Foto THE STAR Oleh: KEVIN TAN.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke istiadat mengarak PanjiPanji Yang diPertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat sempena sambutan Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pada pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa yang sama lima pesawat helikopter milik ATM yang masingmasing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM) terbang di ruang udara di atas Dataran Merdeka untuk upacara lintas hormat.

Yang di-Pertuan Agong dengan diiringi Panglima ATM Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal kemudian berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 22 pegawai dan 546 anggota ketigatiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat mengarak Panjipanji Yang diPertuan Agong menyusul kemudiannya dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan tempo kawad cepat.

Laungan"Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh angota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat itu disusuli dengan bacaan doa.

Tuanku Mizan Zainal Abidin kemudain sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelimalima pesawat ATM itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis itu.

Iringan muzik lagulagu patriotik yang dimainkan Pancaragam Pusat ATM oleh anggota daripada TDM, TLDM dan TUDM, sepanjang istiadat itu berlangsung, menyerikan lagi majlis penuh warnawarni itu. BERNAMA

Artikel Lain