suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 notifikasi kes H1N1 diterima sehingga 12 malam tadi

PUTRAJAYA: Daripada 16 notifikasi kes mempunyai tanda jangkitan influenza A (H1N1) yang diterima di seluruh negara sehingga tengah malam tadi, 15 disahkan negatif manakla satu lagi masih menunggu keputusan makmal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Kesemua kes dimasukkan ke wad isolasi di enam hospital rujukan bagi tujuan rawatan dan penyiasatan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengenai kes kuarantin di rumah, beliau berkata empat kontak masih dikuarantin dan semuanya dalam keadaan sihat tanpa gejala jangkitan influenza A (H1N1).

Sehingga kini jumlah terkumpul kes yang mengalami simptom jangkitan influenza ialah 387 dan daripada jumlah itu, hanya dua kes yang disahkan positif seperti yang dilaporkan pada 15 dan 16 Mei lepas.

Dr Mohd Ismail berkata aktiviti saringan di 53 pintu masuk antarabangsa negara masih diteruskan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain