Anak pemimpin politik bahagian Machang ditahan polis

MACHANG: Polis menahan anak lelaki seorang pemimpin politik bahagian Machang dan merampas 1,056 biji pil kuda dan 120 biji pil Eramin 5 bernilai hampir RM50,000 di dalam kereta miliknya dalam satu serbuan di sini hari ini.

Pemangku Ketua Daerah Polis Machang ASP Loo Lian Lay berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi sebaik keluar dari rumah rakannya di sini dan berada di sisi kereta itu.

"Tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut polis mendapati dadah itu dibawa dari negara jiran untuk pasaran tempatan terutama di sekitar daerah ini.

"Kita siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain