Wanita dibenar cabar rampasan CD guna perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR: Seorang wanita beragama Kristian mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas lapan CD ajaran agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah".

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman mengeluarkan perintah itu kepada Jill Ireland Lawrence Bill, 27, yang berasal dari Sarawk, untuk memulakan prosiding di mahkamah bagi mendapatkan tiga relif iaitu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kementeriaan merampas CD berkenaan, perintah mandamus bagi mengarahkan kementerian memulakangkan CD itu kepadanya, dan perintah bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan "Allah".

Beliau mengeluarkan perintah itu dalam kamar selepas mendengar hujah peguam yang mewakili wanita itu, Annou Xavier dan Henry Teh, dan Peguam Kanan Persekutuan, Suzanna Atan, yang mewakili kementerian dan kerajaan, yang dinamakan sebagai responden.

Kesemua CD itu dirampas pada 11 Mei tahun lepas semasa Jill tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Antara tajuk-tajuk CD berkenaan ialah "Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah, Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah and Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah". Ia dibawa masuk dari Indonesia.

Jill, seorang kerani, mendakwa dia menggunakan "Allah" dalam amalan dan pendidikan agamanya dengan menggunakan Bahasa Malaysia, dan juga ALKITAB dalam Bahasa Indonesia yang menggunakan perkataan "Allah".

Katanya beliau menerima surat bertarikh 7 Julai tahun lepas dari Kementerian Dalam Negeri yang menjelaskan bahawa rampasan itu dibuat kerana CD itu mengancam keselamatan, mengandungi perkataanperkataan yang dilarang dan melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain