suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cederakan pengawal keselamatan dan jiran, penjaga parkir dipenjara 12 bulan

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga letak kereta dihukum penjara 12 belas bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan dan jirannya serta tidak memiliki kad pengenalan diri dalam kejadian berasingan.

M.Mogan dihukum penjara lapan bulan bagi kesalahan mencederakan pengawal keselamatan V.Ganeson, 42, di sebuah rumah setinggan di hadapan kedai runcit Jalan Setapak di sini pada pukul 11.30 malam, 18 Nov tahun lepas.

Dia dihukum penjara sebulan bagi kegagalan menunjukkan kad pengenalan apabila diminta pihak polis di Batu 2 1/2, Jalan Ipoh di sini pada 3.30 tengah hari, 30 Jan lepas dan penjara tiga bulan kerana mencederakan jirannya Jit Singh, 22, di kawasan luar masjid di Jalan Pahang pada pukul 11 malam, 30 Mei 2007.

Mogan, 24, terpaksa menjalani hukuman penjara selama 12 bulan setelah Majistret Nor Azah Kasran memerintah hukuman itu dijalankan berasingan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Charles Aliff Belon, manakala Mogan tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain