suria

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang. Foto mStar oleh G.MANIMARAN.
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang. Foto mStar oleh G.MANIMARAN.
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang. Foto mStar oleh G.MANIMARAN.

9:45 MALAM : Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dalam ucapan penerimaan berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.

Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

9:20 MALAM : Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memperolehi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.

Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.

8:35 MALAM : Keputusan tidak rasmi calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipercayai menang kerusi Parlimen Bukit Gantang.

8:25 MALAM : Keputusan rasmi:

Calon Pas, Mohd Nizar : 18,891 undi.

Calon BN Ismail Saffian: 15,859 undi

Calon Bebas Kamarul Ramizu: 51 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas ialah 3,022 undi.

Keputusan ini berdasarkan 96 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan.

8:15 MALAM : Keputusan rasmi.

Calon Pas Mohd Nizar: 15, 770 undi

Calon BN Ismail Saffian: 13, 079 undi.

Calon Bebas Kamarul Ramizu: 42 undi.

Ia berdasarkan 81 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan.

8:05 MALAM : Keputusan rasmi.

Calon Pas Mohd Nizar: 12, 064 undi

Calon BN Ismail Saffian: 9,396 undi.

Calon Bebas Kamarul Ramizu: 40 undi.

Ia berdasarkan 60 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan.

7:55 MALAM : Keputusan rasmi.

Calon Pas Mohd Nizar: 9,761 undi

Calon BN Ismail Saffian:7,740 undi.

Calon Bebas Kamarul Ramizu: 40 undi.

Ia berdasarkan 40 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan.

7:40 MALAM : Keputusan rasmi.

Calon Pas Nizar: 7,847 undi

Calon BN Ismail Saffian : 6,477 undi

Calon Bebas Kamarul Ramizu : 18 undi.

Ia berdasarkan 30 daripada 112 peti undi yang dijumlahkan.

7:25 MALAM : Keputusan rasmi.

Calon BN - Ismail Saffian - 2048 undi

Calon Pas - Nizar - 1249 undi

Calon Bebas - Kamarul Ramizu - 4 undi

5:30 PETANG : Proses pengiraan undi bermula di kawasan Palimen Bukit Gantang.

5 PETANG : Proses pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang ditutup dengan diselubungi kesesakan lalu lintas terburuk dan sedikit ketegangan.

3:25 PETANG : Hujan yang reda selama sejam kembali lebat.

3:15 PETANG : Kesesakan sejauh lima kilometer dari pekan Simpang menghala ke Kuala Sepetang - menjejaskan proses pengundian. Proses penghantaran bekalan makanan untuk petugas-petugas SPR juga terjejas, kata SPR.

Proses pengundian berjalan lancar dengan sedikit ketegangan membabitkan perayu undi.

3:10 PETANG : ADUN Changkat Jering, Kapt. (B) Osman yang keluar PKR dan Pakatan Rakyat pada Februari lalu berkata, beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering pukul 10 pagi dan diprovokasi oleh penyokong-penyokong PAS.

1:15 PETANG : Hujan mulai turun dan ia dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

12TENGAH HARI : Kawalan keselamatan diperketatkan bagi mengelak ketegangan.

10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning,

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain