suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta cegah lompat parti tidak perlu digubal - Nazri

KUALA LUMPUR: Akta Mencegah Lompat Parti tidak perlu digubal buat masa ini kerana ia bertentangan dengan hak berpersatuan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan dari dulu telah mengambil pendirian tidak akan memperkenalkan rang undang-undang itu kerana dirasakan ia tidak perlu.

"Mengikut Perlembagaan, setiap warganegara bebas dan mempunyai hak untuk berpersatuan tetapi kalau pada masa hadapan dirasakan perlu, ia akan difikirkan," katanya menjawab soalan Senator Heng Seai Kie di persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Mohamed Nazri berkata walaupun Perlembagaan membenarkan Parlimen menggubal undang-undang berkenaan lompat parti, tetapi tindakan itu dirasakan tidak perlu pada masa kini kerana ia tidak berlaku secara kerap dan berleluasa sehingga mengganggu kestabilan negara.

Beliau berkata keputusan itu juga diambil selepas merujuk kepada suatu kes pada tahun 1992 apabila kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan enakmen yang menghalang anggota Parlimennya menukar parti politik, bagaimanapun enakmen tersebut tidak diluluskan oleh Mahkamah Agung. BERNAMA

Artikel Lain