suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BBPM buat laporan polis pemimpin DAP guna ayat al-Quran

TAIPING: Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang didakwa mempersendakan ayat suci al-Quran semasa memberi ceramah di Bukit Gantang dekat sini, malam kelmarin.

Laporan dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping petang semalam.

Osman berkata, ini bukan kali pertama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran bagi meraih sokongan orang Melayu.

Kata beliau, ia merupakan satu penghinaan kepada orang Islam dan menuntut Nga meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran semasa berkempen kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul," katanya di sini.

Artikel Lain