Tahanan ISA tidak boleh keluar kawasan - Syed Hamid - Semasa | mStar

Tahanan ISA tidak boleh keluar kawasan - Syed Hamid

PETALING JAYA: Sekatan kepada dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya tidak keluar daripada kawasan masing-masing bertujuan bagi mengawal pergerakan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sekatan tersebut bertujuan bagi memastikan pihak polis mengawal pergerakan mereka sehingga tempoh pemantauan berakhir.

"Sekatan seperti ini adalah perkara yang lazim dibuat untuk lihat perkembangan tahanan yang dibebaskan.

"Dua orang pemimpin Hindraf ini sepatutnya dibebaskan pad 13 Disember 2009, tapi kita gantung pembebasan mereka dan biarkan mereka bebas di luar namun dengan sekatan sehingga 13 Disember 2009," katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa pembebasan Peguam Hidraf, V. Ganabatirau dan R. Kenghadharan adalah tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kediaman masing-masing.

Lim juga mendakwa sekatan itu merupakan sesuatu yang memalukan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan kebebasan kepada rakyat dan amalan demokrasi dipraktikkan dalam kepimpinannya.

"Ganabatirau tidak boleh keluar daripada Shah Alam dan Kenghadharan tidak boleh keluar daripada Petaling Jaya.

"Ini perkara biasa bagi tahanan yang dibebaskan sebelum tempoh masa," katanya.

Menurut Syed Hamid lagi kedua-dua mereka juga hanya dibenarkan berada di luar kediaman masing-masing bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang.

"Mereka hanya boleh keluar rumah dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang, lepas itu kena pulang.

"Mereka juga perlu melapor diri kepada polis di kawasan masing-masing pada setiap hari Isnin," katannya.

Ganabatirau dan Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain