suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengecualian cukai atas pampasan hilang kerja ditambah RM4,000

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi pengecualian cukai ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 dinaikkan sehingga RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, tindakan itu diambil bagi meringankan beban dan meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja terlibat.

Selain itu kata beliau, kerajaan sedar bahawa pekerja yang diberhentikan berhadapan dengan masalah untuk membayar balik pinjaman perumahan, institusi perbankan bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama satu tahun.

"Bagi menyokong usaha institusi perbankan memberi kelonggaran ini, kerajaan bersetuju pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik perumahan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima," katanya lagi.

Artikel Lain