suria

GALERI GAMBAR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan (empat, kiri) dan Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (lima, kiri) bergambar ketika mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini. Kira-kira 2,000 pengunjung tidak mengira bangsa dan agama hadir pada majlis berkenaan. --fotoBERNAMA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) menerima cenderahati daripada pelakon opera ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat merangkap Presiden MCA (kiri).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (tengah) merangkap Presiden MCA dan isteri Datin Sri Chooi Woke Chun bersama-sama Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan isteri Datin Seri Wendy Ong dan serta Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Azizan Syed Ismail (dua,kanan) bersalaman dengan masyarakat Tiong Hua yang menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Menengah Keat Hwa (Swasta), Jalan Pegawai di sini, hari ini. Lebih seribu tetamu dari pelbagai kaum menghadiri majlis sambutan tersebut. Rumah terbuka itu bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari.

Artikel Sebelum

Artikel Lain