suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja rencam dituduh pandu cuai sebabkan kematian warga emas

MELAKA: Seorang pekerja rencam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas di Taman Merdeka pada 8 Disember lalu.

Chong Joo Chai, 48, dari Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dituduh melanggar S.Walima, 57, kirakira 10.45 malam di hadapan rumah mangsa di No 30, Jalan MJ 11.

Dia yang tidak diwakili peguam, dituduh mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Majistret Zahilah Mohd Yusof membenarkan Chong dikenakan ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaaan dilakukan oleh Cif Inspektor Mohd Juhari Haron. BERNAMA

Artikel Lain