suria

Abdullah: Mekanisme khas tangani isu agama, kaum perlu

KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu satu mekanisme khas diwujudkan bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan hubungan kaum dan agama.

Kata beliau, kedua-dua isu berkenaan merupakan perkara yang sangat sensitif dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

"Ini adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian, selama ini kita tahu bahawa hal agama dan kaun adalah dua perkara yang cukup sensitif.

"Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh merebak dan timbulkan pelbagai kemungkinan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam yang menyebut bahawa menangani masalah perkauman dan agama merupakan misi terakhir beliau sebelum meletakakan jawatan pada Mac depan.

"Saya pun tak tahu mengapa mereka guna perkataan misi terakhir.

"Apa yang saya katakan selagi ada masa dan kalau ada pegawai-pegawai yang boleh dicadangkan untuk tangani isu-isu ini, kita akan cuba laksanakan," katanya.

Jelas beliau, adalah menjadi keutamaan baginya untuk memastikan soal ekonomi, perhubungan kaum dan konflik berkaitan fahaman agama dapat diberi perhatian dan diatasi segera.

Abdullah berkata, isu ini jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya mungkin akan menyababkan perbalahan anatara penganut-penganut agama lain," katanya.

Selain itu Abdullah turut menekankan untuk memberi perhatian yang sewajarnya mengenai pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, beliau mahu memastikan rakyat sentiasa mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan merasa aman daripada sebarang ketakutan.

"Biarlah kita ada makanan yang cukup. Tak boleh beli baju baru tak apa, tak boleh beli kereta baru tak apa, tak ada kusyen baru tak ada, tetapi kita mesti ada makanan yang cukup untuk rakyat, ini penting sekali.

"Kedua kita mahu rakyat kita diamankan daripada sebarang ketakutan dan daripada apa-apa yang boleh menggugat kedudukan mereka.

"Saya mereka berasa selamat daripada sebarang ancaman.

"Dua ini kalau dapat dikawal dan dipastikan dapat dinikmati rakyat, maka usaha kita dalam bidang lain akan dapat beri kekuatan kepada kita," katanya.

Artikel Sebelum

Usah larang anak berpeluh

Artikel Berikut

Artikel Lain