suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akujanji boleh bendung rasuah - Ketua Pengarah JPA

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata surat akujanji yang perlu ditandatangani oleh kakitangan kerajaan memadai untuk membendung pelbagai gejala tidak sihat termasuk pecah amanah dan rasuah.

"Kita dah ada akujanji, cukuplah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat kelmarin supaya diwujudkan sumpah mubahalah bagi mengelakkan pegawai atau kakitangan kerajaan terjebak dengan rasuah.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana saranan tersebut dibuat di Dewan Rakyat dan ia perlu melalui prosedur yang sepatutnya.

"Saya tak boleh komen lebih, cadangan itu dibuat di Parlimen, jadi biar menteri yang bertanggungjawab selesaikannya.

"Kalau cadangan itu dibuat di luar (Dewan Rakyat) bolehlah saya berikan komen lanjut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain