suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curi komponen kereta RM160,000, buruh binaan dipenjara dua tahun

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kesalahan mencuri pelbagai jenis komponen kereta bernilai RM160,000 enam tahun lepas.

Yong Hon Cheng , 32, dari Ampang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di di No 81, Jalan 8/62A, Bandar Manjalara, Kepong, antara pukul 5.19 pagi, 25 Ogos 2002 dan 8.30 pagi, 26 Ogos 2002.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nazran Mohd Sham memerintahkan Yong yang mempunyai dua sabitan lampau menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 23 Okt 2002.

Terdahulu, Yong yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia menanggung dua anak perempuan. Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Shamsul Akma Barison. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain