suria

Bakal pengantin Islam wajib jalani ujian HIV

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua bakal pengantin beragama Islam akan diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Aids, di Parlimen hari ini berkata saringan itu adalah sebahagian daripada kursus pra perkahwinan.

Katanya, langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan.

"Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus pra perkahwinan," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.

Antara negeri yang telah mewajibkan saringan HIV ialah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Artikel Sebelum

Usah larang anak berpeluh

Artikel Berikut

Artikel Lain