suria

Kecuaian manusia bukan punca tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa

TERUS MENCARI... Jengkaut digunakan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari yang dikatakan tertimbus di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Hari ini masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat pembantu rumah warga Sri Lanka itu dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat, tentera dan pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia selepas dia dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh itu berlaku. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 2 petang] KUALA LUMPUR Tidak ada bukti jelas menunjukkan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabngsa pada Sabtu lepas berpunca daripada kecuaian manusia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.

Beliau berkata, faktor semula jadi mungkin menjadi penyebab tragedi itu berikutan hujan hingga terjadinya runtuhan tanah. "Kalau keruntuhan ini berpunca daripada kecuaian manusia, pasti ia berlaku sejak awal selepas setahun dua rumah dibina tetapi kawasan perumahan di sini dibina sejak 15 tahun yang lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian.

Ong berkata, bagaimanapun satu mesyuarat akan diadakan pada petang ini melibatkan agensi kerajaan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya dan kerajaan tempatan untuk mencari punca sebenar kejadian itu.

"Kita perlu buat kajian kerana sedih dengan tragedi ini dan tidak boleh biar perkara tersebut berulang kerana ia menjejaskan keselamatan orang awam. Kita perlu membuat siasatan yang tepat," katanya.

Empat orang terkorban dan 14 buah banglo di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah musnah dalam tragedi itu.

Usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, wanita warga Sri Lanka yang dipercayai turut tertimbus masih lagi diteruskan.

Ong berkata, kerajaan negeri dan tempatan harus mengkaji dengan teliti setiap projek yang diluluskan di kawasan Bukit Antarabangsa kerana ia merupakan kawasan yang berisiko tinggi.

"Kepadatan penduduk di kawasan ini menyebabkan pembangunan baru tidak boleh diwujudkan lagi dan kita akan bincang dengan kerajaan negeri dan tempatan setiap projek yang dikemukakan untuk dibangunkan di kawasan ini harus dibuat kajian teliti," katanya.

Beliau berkata, Kajian Pelan Induk Cerun Negara yang sedang dikaji juga akan menjadi satu penanda aras pembangunan di kawasan cerun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain