suria

Banjir: Surut di Kuala Terengganu, Cherating

SEKUMPULAN pelajar di Sekolah Kebangsaan Cherating mengangkut kerusi sekolah untuk ditempatkan ke lokasi yang lebih selamat apabila sekolah mereka turut ditenggelami air banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas ketika tinjauan fotoBERNAMA. Sehingga petang semalam, seramai 39 orang dari lapan keluarga di Kampung Bukit Palas dan Kampung Cherating telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila kediaman mereka dilanda banjir. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu semakin surut dengan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata 200 mangsa banjir di Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan Marang dibenarkan pulang sejak malam tadi menjadikan hanya tinggal 601 mangsa masih berada di 10 pusat pemindahan di empat daerah itu.

Di Hulu Terengganu, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Bukit Tunggal ialah tujuh orang, Sekolah Tok Jiring (171), Sekolah Kompleks Gong Badak (113) manakala pusat pemindahan banjir di Sekolah Bukit Nenas ditutup malam tadi.

Di Kemaman, di Surau Kampung Seberang Tayor Hulu (21), dewan orang ramai Kampung Teladas (21), Balai Raya Kampung Ibok (3), Masjid Batu 16 (18), di Marang di Balairaya Pasir Putih (32), di Dungun di Sekolah Kebangsaan Balai Besar (209) dan Sekolah Kebangsaan Pati Kampung Che Lijah (6).

Sementara jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan di Hulu Terengganu ialah Jalan Nibong Pulau Nyior, Jalan Pengkalan Ajal-Tengkawang, di Dungun ialah Jalan Tok Kah-Lentang dan di Kemaman ialah Jalan Cukai-Air Puteh, Jalan Batu 14, 15, 16 Jalan Air Putih.

Menurut jurucakap itu, paras air di sungai-sungai utama di negeri ini pada pagi ini berada di paras bawah amaran.

Katanya keadaan cuaca di seluruh negeri pagi ini cerah.

Di KUANTAN, kesemua 39 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating semalam dibenarkan pulang pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, lapan keluarga dari Kampung Bukit Palas dan Kampung Cherating itu dibenarkan pulang pada 9 pagi ini.

Di JOHOR, lebih ramai mangsa banjir di pusat pemindahan di daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang dibenarkan pulang pagi ini dengan jumlahnya menurun kepada 160 orang berbanding 222 malam tadi.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Johor, Supt. T. Raveendran ketika dihubungi berkata, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Muar ialah 14 orang, Kluang (82) dan Batu Pahat (64).

Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di semua sungai utama di negeri ini berada pada paras normal kecuali Sungai Muar di Kampung Awat yang melebihi paras bahaya 18.60 meter setakat 10 pagi ini.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka berterusan di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka sehingga hari ini.

Sehingga malam tadi beberapa kawasan di Melaka dan Johor sudah dilanda banjir.

Keadaan itu juga dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

Jabatan itu juga meramalkan hujan sederhana dan kadangkala lebat di Sarawak sehingga Rabu ini yang dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebingtebing sungai.

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka berterusan sehingga petang semalam.

Dalam pada itu, lebih 300 orang penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Melaka terpaksa dipindahkan berikutan banjir kilat yang melanda sejak awal pagi tadi berikutan hujan lebat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata kawasan terlibat ialah di daerah Alor Gajah iaitu Taman Awan Biru dan Kampung Belimbing Dalam dengan masing-masing penduduk yang dipindahkan berjumlah 67 orang dan lapan orang.

Di Melaka Tengah, ia melibatkan 56 orang yang dipindahkan dari Taman Rambai Utama dan 150 orang dari Kampung Enam, katanya ketika dihubungi.

Di Jasin, seramai enam orang dipindahkan di Simpang Bekoh, Rim (6 orang) dan Selandar (9 orang).

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di bangunan sekolah, balai raya dan juga Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Katanya, kawasan yang dinaiki air merupakan kawasan rendah, yang dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter.

Mangsa dijangka pulang malam ini atau esok berikutan cuaca cerah di sebelah petang tadi.

Sementara itu, seramai 222 penduduk di Kluang dan Batu Pahat dipindahkan ke tujuh buah pusat pemindahan di kedua-dua daerah berkenaan malam ini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak pagi kelmarin.

Jurucakap Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Johor berkata, 193 daripada mereka adalah penduduk di enam buah kampung di Kluang, manakala selebihnya dari tiga buah kampung di Batu Pahat.

Kampung-kampung di Kluang yang dinaiki air adalah Kampung Muhibbah, Kampung Rahman Dalam, Batu Enam Sri Lalang, Kampung Bentong Dalam, Kampung Mengkibol dan Kampung Sri Lukut, Kahang.

Tiga kampung di Batu Pahat pula adalah Kampung Batu 7, Parit Yusof dan Peladang, kesemuanya di dalam kawasan Tongkang Pecah. Katanya semua mangsa banjir di Kluang itu kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan yang dibuka, manakala mangsa-mangsa banjir di Batu Pahat pula ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan. BERNAMA

Artikel Lain