suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin fail usul minta Parlimen bincang pembangunan lereng bukit

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gombak, Azmin Mohd. Ali memfailkan usul meminta Dewan Rakyat ditangguhkan esok untuk membincangkan soal pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit ekoran tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu lalu.

Usul itu difailkan pukul 7.32 pagi tadi.

Dewan Rakyat bersidang esok.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa menyatakan demikian ketika meninjau perkembangan operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, satu akta perlu digubal bagi memastikan pembangunan di kawasan tanah tinggi dapat dijalankan mengikut undang-undang.

Tegas beliau, sistem pemantauan yang lemah mengakibatkan masalah tanah runtuh ini terus berulang.

Beliau juga mahu sistem amaran gegaran diperkenalkan dan digunakan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

"Negara kita masih lemah kerana tiada sistem amaran gegaran diletakkan di kawasan pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit... jadi kita mahu kerajaan menggunakannya kerana ia telah digunakan di banyak negara," katanya lagi.

Artikel Lain