Ronnie Liu mengaku tidak bersalah kes halang pegawai kerajaan 2007 - Semasa | mStar

Ronnie Liu mengaku tidak bersalah kes halang pegawai kerajaan 2007

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas pada November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor itu didakwa menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mohammad Hadzim Zulkapli dalam satu operasi mencegah maksiat di Hotel Chile, No 10, Jalan Kenari 6, Puchong dekat sini pada 2 Nov 2007.

Liu, 50, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Liu diwakili oleh peguambelanya Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Roslan Abu Bakar memohon kepada mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Gobind Singh memohon kepada mahkamah agar Liu dikenakan jaminan peribadi atas alasan kesalahan yang didakwa dilakukan anak guamnya berlaku pada 2007 dan pihak pendakwaan tidak mengambil sebarang tindakan.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam yang membenarkan permohonan Roslan itu menetapkan RM3,500 dengan seorang penjamin sebagai ikat jamin Liu.

Mohamad Ibrahim turut menetapkan 10 Feb tahun depan untuk sebutan kes.

Pada 10.20 pagi, Liu diikat jamin oleh adiknya, John Liu.

Pada 12 November lalu, Liu ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan Liu ditahan berhubung kes menghalang penjawat awam melakukan tugas pada 2007.

Beliau berkata, Liu sepatutnya didakwa di mahkamah ini pada 12 November lalu namun ditangguhkan ke hari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rusdi ajar Sharon hidup berlandaskan alQuran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain