suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil rakyat belanja hampir RM1 juta biayai acara perayaan

KUALA LUMPUR: Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharum berkata mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang telah menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

"Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja. Mohd Johari berkata daripada 10 kawasan itu, tiga kawasan Parlimen di Terengganu paling banyak menganjurkan acara perayaan didahului Kuala Terengganu yang menganjurkan 304 acara dan membelanjakan sejumlah RM917,588.00.

Kawasan Parlimen Kuala Nerus pula menganjurkan 248 acara dengan kos RM946,115.30 manakala Marang menganjurkan 186 program dengan kos RM914,250.00, katanya.

Kawasan lain yang turut menggunakan peruntukan itu ialah Tenom (58 program, RM988,475), Dungun (87 program, RM977,000.00), Putatan (86 program, RM971,000), Tawau (66 program, RM948,575), Silam (40 program, RM946,420.00), Sepanggar (54 program, RM918,480.00) dan Parit (37 program, RM916,407.50). BERNAMA

Artikel Lain