suria

517 terima darjah kebesaran Negeri Sembilan hari ini

KUALA PILAH: Kumpulan keempat dan terakhir seramai 517 orang menerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke86 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Al-marhum Tuanku Abdul Rahman hari ini.

Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin berkenan menyampaikan pengurniaan darjah kebesaran itu kepada penerima berkenaan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Empat ketua Puteri Umno negeri adalah di antara 69 orang yang menerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS).

Mereka ialah Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Mohd Rashad, Ketua Puteri Terengganu Senator Nordiana Shafie, Ketua Puteri Selangor Nora Azmin Radzuan dan Ketua Puteri Perlis Rozieana Ahmad.

Turut menerima ANS ialah pelakon dan pelawak terkenal 'Ebby Yus' atau nama sebenarnya Muhamad Yunus Abdul Rashid.

Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia di Kuala Lumpur Ramli Abdul Karim pula adalah di antara 148 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC).

Seramai 288 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 12 orang menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). BERNAMA

Artikel Lain