suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beras STS turun 20 sen dan ST10 30 sen

KUALA LUMPUR: Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata harga baru itu mula diwartakan semalam.

"Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut," katanya.

Mustapa berkata berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.

"Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992)," katanya. BERNAMA

Artikel Lain