suria

Usul bantah cerpen YB J dibentang di sidang DUN Selangor

SHAH ALAM: Satu usul untuk membantah penulisan cerpen yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Sekinchan, Ng Suee Lim berkata hari ini beliau telah memfailkan usul itu dan menjangkakan ia akan dibahaskan selepas cuti umum sempena perayaan Deepavali minggu depan.

Cerpen yang menimbulkan kontroversi itu bertajuk "Politik Baru YB J" yang ditulis oleh Datuk Chamil Wariya dan disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Okt lepas.

DAP mendakwa watak yang dikisahkan itu ditujukan kepada Anggota Parlimen DAP dari Seputeh yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangar, Teresa Kok.

Chamil sebaliknya menafikan dakwaan tersebut dan berkata watak dalam cerpenya itu adalah rekaan semata-mata yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan mereka yang hidup atau mati.

Sebelum ini kerajaan negeri telah mengarahkan semua agensi dan jabatannya tidak membeli akhbar berkenaan dan usul yang bakal dibentangkan itu merupakan susulan daripada arahan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain