suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ringgit tidak ditambat semula - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan menambat semula ringgit, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita berkeyakinan tentang kedudukan ringgit dan mata wang tempatan itu yang mencerminkan nilai sebenarnya," kata Najib di mesyuarat sulungnya di Kementeri Kewangan di sini hari ini.

Sehingga pukul 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Najib, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan, telah bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Artikel Lain