suria

Tian Chua: Anwar jumpa pemimpin yakinkan PAS tidak diketepi jika bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menemui pemimpin PAS Kelantan dalam usaha untuk meyakinkan mereka bahawa Ahli Parlimen PAS tidak akan diketepikan jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, kini menumpukan usaha meyakinkan pemimpin PAS terutama Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meredakan kekhuatiran bahawa Anggota Parlimen beragama Islam akan diketepikan jika PR mengambilalih kerajaan.

"Kita perlu berbuat demikian sebelum meneruskan bentuk tindakan seterusnya, katanya kepada Bernama tanpa mendedahkan bentuk tindakan itu," katanya kepada Bernama.

Minggu lepas, Anwar mahukan jawapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selewatlewatnya hari ini supaya mengadakan sesi parlimen tergempar dalam usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri hari ini, dengan mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan daripada 31 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Abdullah menolak perkara itu. Sebelum itu, Anwar secara terbuka mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih kerajaan pada 16 Sept tetapi itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perkara yang berlaku. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati