suria

CUEPACS lega 16 September gagal

MACHANG: Kongres Kesatuan PekerjaPekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) cawangan Kelantan merasa lega tarikh 16 Sept yang ditetapkan pihak tertentu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan tidak menjadi kenyataan.

"Kami bersyukur kerana apa yang diperkatakan itu tidak terjadi. Sekiranya terjadi macam-macam perkara buruk boleh berlaku dan kita akan sentiasa berada di dalam kebimbangan," kata pengerusinya Shamsudin Mohd Noor kepada Bernama.

Beliau berkata kakitangan awam mungkin kehilangan pekerjaan ekoran negara menjadi kucar kacir sekiranya berlaku peralihan kuasa tanpa mengikut lunas perlembagaan yang betul.

Shamsudin turut bersyukur dengan pemberian sebulan bonus oleh kerajaan tahun ini yang akan meringankan beban kewangan kakitangan awam terutama pada musim perayaan dan persekolahan. BERNAMA

Artikel Lain