suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerang ala Kam Hiong

KERANG boleh dimasak dalam pelbagai cara. Paling mudah cubalah kerang ala Kam Hiong. Ringkas tetapi enak dan sesuai dijadikan sajian untuk berbuka puasa. 

Bahan-bahan:

400 gram kerang

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 sudu makan udang kering (direndam dan dicincang)

1 tangkai daun kari

1 batang serai (dipotong nipis)

1/2 sudu kecil belacan

3 biji lada mata burung

1/2 sudu kecil serbuk stok ayam

Secubit garam

Gula secukup rasa

2-3 sudu besar air

1 sudu besar daun bawang dan ketumbar (untuk hiasan)

Cara penyediaan:

- Basuh kerang sehingga bersih, kemudian rendam selama sejam bersama 1/2 sudu kecil garam.

- Sebaik saja kerang bersih, celur di dalam air panas selama 2-3 minit. Keluarkan kerang dari air panas dan tapis.

- Panaskan 2-3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang, udang kering, daun kari dan serai hingga naik bau.

- Kemudian masukkan serbuk belacan dan kacau sehingga naik bau. Masukkan lada mata burung dan kerang, seterusnya kacau dengan cepat.

- Masukkan serbuk perasa dan gaul. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan daun bawang dan ketumbang sebagai hiasan.

kerang ala kam hiong

Artikel Sebelum

Ayam goreng berempah

Artikel Berikut

Artikel Lain