Kerabu ketam - Jamu Selera | mStar

Kerabu ketam

KERABU adalah pembuka selera dan ianya sinonim dengan selera masyarakat Asia. Terdapat pelbagai jenis pilihan kerabu dan salah satu daripadanya adalah kerabu ketam. Ia sangat mudah disediakan dan pastinya dapat menaikkan selera makan terutamanya ketika berbuka puasa bersama keluarga.

Bahan-bahan:

4 ekor ketam

2 biji tomato – potong kiub kecil2

1 biji bawang besar – potong kiub

2-3 sdb sos ikan

1/2 biji perahan air lemon

suku cawan air asam jawa

daun ketumbar – secukupnya (hiris lebih kurang 1/2 inci)

garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

12 biji cili padi merah dan hijau – kisar kasar

2 biji cili merah – kisar kasar

1 biji bawang besar – kisar kasar

1 inci belacan – dibakar dan kisar

* jika suka boleh tambah bawang putih – kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi

Cara penyediaan:

- Basuh dan belah ketam kepada 4. Sepit ketam juga dipotong kecil.

- Rebus ketam bersama beberapa hirisan halia hingga masak.

- Tapis ketam dan buang air rebusan tadi.

- Sesambil menunggu ketam siap direbus, sediakan bahan2 kerabu.

- Dalam bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato dan daun ketumbar yang telah dipotong.

- Masukkan sos ikan, air lemon, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Kemudian ketepikan.

- Masukkan ketam yang telah direbus tadi ke dalam bahan kerabu dan gaul hingga rata. Sesuaikan rasanya. Sedia untuk dihidangkan.

*Kredit: Qaseh Honey

kerabu ketam

Artikel Sebelum

Cheesekut biskut

Artikel Berikut

Artikel Lain

Real Madrid menabung awal demi Mbappe