Tempoyak ikan patin menu iftar taruhan Swiss Garden Beach Resort - Jamu Selera | mStar

Tempoyak ikan patin menu iftar taruhan Swiss Garden Beach Resort

KUANTAN: Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, saudara mara dan rakan taulan.

Salah satu caranya, sudah pasti dengan berbuka puasa bersama sambil menikmati hidangan yang menyelerakan.

Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, ia menawarkan juadah Ramadan ala Kampung di The Garden Terrace Coffee House.

"Lebih sebulan lalu pasukan kami bersama chef memerah idea untuk menghasilkan semua makanan ini.

"Seleksi menu yang kami tawarkan termasuklah sajian tempatan beserta dengan kombinasi moden dan tradisional dari pelbagai negeri.

"Selain itu, kita juga menyediakan lebih 100 hidangan tradisional Pahang di sini," ujar pengarah bahagian makanan dan minuman, K.Ramesh.

Menu popular termasuklah gulai tempoyak ikan patin Temerloh, opor daging Pekan, ayam percik, gulai kawah dan kambing golek.

Pengunjung juga berpeluang merasai keenakan murtabak, bubur lambuk, tapai pulut dan pelbagai kek dan pastri Melayu di sini.

Suasana menjamu selera turut dimeriahkan dengan alunan muzik Ghazal bagi menghiburkan tetamu.

Bufet yang bermula pukul 6.30 sehingga 10 malam itu berharga RM80 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi 09-548 8288 sambungan 2014 atau layari  www.swissgarden.com.

patin , tempoyak

Artikel Sebelum

Satu suapan bagai ada di tanah Arab!

Artikel Berikut

Cheesekut biskut

Artikel Lain