Cheesekut biskut - Jamu Selera | mStar

Cheesekut biskut

CHEESEKUT biskut atau Cheesekut! Cheesecake paling senang nak buat, tak perlu bakar hanya perlu disimpan di dalam peti ais sebelum dihidang. Boleh disajikan sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa.

Bahan-bahan:

250 gram biskut kracker

250 gran krim keju

200 ml susu pekat manis

50 ml susu segar

Cara penyediaan:

- Pukul krim keju sehingga kembang dan warnanya bertukar menjadi lebih putih.

- Kemudian tambahkan susu pekat manis. Pukul lagi adunan berkenaan.

- Selepas itu tambahkan susu segar dan pukul sehingga sebati.

- Ambil biskut dan celupkan ke dalam susu segar. Selepas dicelup, masukkan biskut ke dalam bekas kaca.

- Lapiskan dengan adunan krim keju tadi. Tidak perlu terlalu tebal, cukup untuk menutup biskut.

- Letakkan biskut sekali lagi di lapisan seterusnya dan ulangi lapisan sehingga penuh bekas.

- Pada lapisan paling atas ialah krim keju dan taburkan bijirin mengikut kesukaan anda.

- Sejukkan dalam peti ais selama satu malam sehingga sedikit keras dan siap untuk dihidang.

*Kredit: Pullman Hotels and Resorts

cheesekut

Artikel Berikut

Kerabu ketam