Ia bukan sahaja enak dimakan ketika bulan puasa tetapi boleh juga disajikan pada Aidilfitri.
Bahan-bahan:
5 biji pisang nangka
3 cwn santan
2 sudu besar sagu biji putih (direndam dan ditoskan)
3/4 cwn gulasedikit garam
1 cwn air
3 helai daun pandan disimpul
Cara penyediaan:
Pisang dibuang kulit dan dipotong menyerong. Masukkan pisang ke dalam periuk bersama gula, air dan daun pandan.
Masak sehingga mendidih dan pisang empuk. Kemudian masukkan santan dan sagu biji. Kacau rata.
Biar mendidih seketika. Tutup api dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.


