suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sagupal

BAGI anda yang masih tercari-cara menu pencuci mulut, apa kata cuba resipi sagupal yang amat popular di Kelantan.

Bahan-bahan:

1 cawan sagu halus - direndam sekejap dan dititikkan dengan pewarna pewarna merah

1 ulas bawang merah - dimayang

1/2 inci halia - dimayang

1/2 sudu besar halba

2 cawan santan

Sehelai daun pandan

4 sudu besar gula

Secubit garam

Pewarna merah

1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air


Cara Penyediaan:

Panaskan air secukupnya sampai mendidih.

Toskan sagu dan bulatkan dengan cara mengepalnya dengan tangan kita.

Masukkan ke dalam air yang mendidih dan tunggu sehingga ianya timbul baharulah diceduknya.

Toskan.

Masak santan bersama daun pandan, bawang, halia dan halba.

Masukkan gula dan sedikit garam.

Masukkan bancuhan tepung jagung dan bila sekali mendidih terus di angkat.

Campurkan dengan sagu tadi.

Sagupal

Artikel Berikut

Bihun Goreng Udang

Artikel Lain