Sup Tulang Ala Chef Wan - Jamu Selera | mStar

Sup Tulang Ala Chef Wan

BAGI penggemar sajian sup tulang, apa kata cuba resipi yang diinspirasi dari chef terkemuka negara, Chef Wan.

Resipi ini menghasilkan sup tulang yang pekat, berempah dan menyelerakan. 

Ia enak dimakan bersama nasi putih atau roti dan sesuai dihidangkan untuk tetamu yang bertandang ke rumah di Hari Raya.


Bahan-bahan:


500 gram tulang lembu berdaging

1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus

1 1/2 sudu besar tomato puree

1 batang lobak merah, didadu

1 biji kentang, didadu

2 batang saderi, dihiris besar

Sedikit daun sup, dihiris

Bawang goreng


Bahan untuk kisar halus:

8-10 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai, hiris nipis

1 inci halia


Bahan untuk tumis:

4 biji buah pelaga

2 batang kayu manis

6 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang


Cara Penyediaan:


Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.

Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.

Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. 

Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.

Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. 

Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.

Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

sup tulang ala chef wan

Artikel Sebelum

Sambal Terung Ikan Bilis

Artikel Berikut

Acar Timun Berdaging

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain