suria

Acar Timun Berdaging

BAGI anda yang ingin menyediakan hidangan acar untuk rumah terbuka Aidilfitri anda tetapi yang dicampurkan dengan daging, apa kata cuba resipi acar timun berdaging. Walaupun cara penyediaannya memakan sedikit masa, hasilnya pastinya memenuhi citarasa anda.


Bahan-bahan:

3 biji timun - dipotong 4 dan dibelah sepanjang 2 inci*

7 biji bwg besar - dibelah dua*

5 tangkai cili besar hijau - dibelah dua*

5 tangkai cili besar merah - dibelah dua*

1 batang karot -  dibelah dua*

7 ulas bwg putih*

1/2 kilo daging - dihiris nipis

2 sudu besar cuka mkn

sedikit gula serta garam

1 sudu teh kapur sireh


Bahan tumisan:


3 inci halia - dihiris

5 biji bawang kecil - dihiris

4 biji bawang putih - dihiris

1 sudu besar halba dan biji sawi #

1 batang kayu manis#

3 kuntum bunga lawang#

1/2 sudu teh jintan manis#

1/2 cawan serbuk rempah kurma

1/2 cawan serbuk rempah daging

sedikit minyak untuk menumis


Cara Penyediaan:

Potong kesemua bahan bertanda * dan direndam ke dalam air kapur selama 1/2 jam .

Apabila dah direndam, toskan airnya dan ketepikan.

Panaskan kuali. Masukkan minyak. Kemudian masukkan bahan hirisan serta rempah yang bertanda #. Masak sehingga bahan naik bau.

Apabila bahan rempah dah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata dan biar daging empuk.

Apabila daging dah empuk masukkan cuka dan garam. Gaul sebati. 

Masukkan  timun, bawang besar, bawang putih, cili besar merah, hijau dan karot yang telah dipotong. Gaul rata bersama bahan rempah.

Biar kesemua sebati dan rata. Biarkan kesemua bhn mereneh seketika.

Rasa asam, garam gula dan tahap kemasamannya. Apabila rasa dah seimbang, tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.


acar timun berdaging

Artikel Sebelum

Sup Tulang Ala Chef Wan

Artikel Berikut

Biskut Nestum

Artikel Lain