suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bihun Goreng Udang

JIKA inginkan hidangan yang ringkas untuk tetamu yang ramai, apa kata cuba resipi bihun goreng udang. Ia pasti memikat selera anda.


Bahan-bahan:


1/2 paket bihun

10 ekor udang 

4 ulas bwg merah*

3 ulas bwg putih*

15 tangkai cili kering*

sedikit kicap manis

sedikit kicap masin 

sedikit sos tiram

1 ulas kiub ikan bilis maggie

1 mangkuk taugeh

1 ikat daun kucai dipotong 

1 ikat daun sup dipotong

sedikit air

sedikit myk utk menumis

cili merah utk hiasan


Cara penyediaan:

Rendam bihun biar lembut dan toskan.

Kisar bahan bertanda*.

Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau.

Masukkan udang dan kacau.

Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau sebati.

Apabila dah sebati masukkan bihun. Kcau sebati - jika perlu tambah air sedikit.

Kacau kemudian masukkan daun kucai dan daun sup.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

bihun goreng udang

Artikel Sebelum

Sagupal

Artikel Berikut

Acar Timun Berdaging

Artikel Lain